X

Kindly register in order to view this article
!

Keterujaan candat sotong bertukar tragedi

Wan Mohd Tajuddin
Wan Mohd Tajuddin
A
A

KOTA BHARU - Keterujaan untuk menyandat sotong dan memancing bersama rakan-rakan bertukar tragedi apabila Wan Aminuddin Wan Husin, 63, maut apabila bot dinaikinya bersama 19 rakan lain dibadai ribut di perairan Kemasin di sini malam tadi.

Adik mangsa, Wan Mohd Tajuddin Wan Husin, 53, berkata, abang sulungnya itu sangat teruja untuk bersama rakan-rakan memandangkan sudah lama tidak turun ke laut.

"Memang arwah teruja dan tidak sabar untuk turun ke laut sebab sudah lama tidak melakukan aktiviti seperti itu dengan kawan-kawan. Dia memang suka memancing dan menyandat.

"Namun tidak sangka pula kali ini aktiviti terakhir dia. Kami terima ketentuan ALLAH sebaiknya. Saya kehilangan seorang abang yang sentiasa ada bersama saya sebelum ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut bot karam dibadai ribut

Debaran isteri petanda suami temui ajal

Menurutnya, sebelum pergi menyandat Allahyarham abangnya tidak menunjukkan perilaku ganjil.

"Namun sebelum itu arwah dua kali berpatah balik selepas tertinggal telefon bimbit dan rokok," katanya.

Allahyarham Wan Aminuddin yang juga bekas pegawai di sebuah bank di sini tinggal bersama Wan Mohd Tajuddin manakala tiga anaknya bekerja dan belajar di luar negeri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus