X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa banjir di PPS Sabah kekal 705 pagi ini

A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa daerah kekal 705 mangsa daripada 220 setakat jam 9 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan bahawa 323 mangsa daripada 102 keluarga ditempatkan di empat PPS di Kota Belud dan 230 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tenom.

“Selain itu, 59 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar dan 93 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa banjir di satu PPS di Penampang telah dibenarkan pulang ekoran banjir di kawasan berkenaan semakin pulih.

Sebanyak 11 daerah melibatkan 152 kampung di Sabah masih terjejas akibat hujan lebat Sabtu lepas, namun keadaan semakin pulih. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!