X

Kindly register in order to view this article
!

Yi Jack tidak hilang tapi pergi jumpa bapanya!

Yi Jack bersama bapa dan datuknya.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di Projek Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas Setapak, Sabtu lalu, telah ditemui selamat di rumah bapanya di PPR Desa Rejang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Hay Yi Jack ditemui oleh sepasukan polis pada jam 7 malam.

"Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai seorang kanak-kanak yang telah dilaporkan hilang.

"Kanak-kanak tersebut dijumpai dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Rajab berkata, siasatan awal mendapati, lelaki yang berada di rumah itu adalah bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.

"Pada hari kejadian, kanak-kanak tersebut yang tinggal bersama datuknya di PPR Air Panas telah keluar dari rumah dan pergi ke rumah bapanya di PPR Desa Rejang atas alasan rindu ayahnya yang telah lama tidak dijumpai," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

"Kita telah merakam keterangan bapa dan datuk kepada kanak-kanak tersebut.

"Hasil perbincangan lanjut, datuk dan bapanya telah bersetuju untuk bersama-sama menjaga kanak-kanak itu," katanya.

Menurutnya, setelah selesai proses dokumentasi, kanak- kanak tersebut telah diserahkan semula kepada datuk dan bapanya.

"Pihak Polis Wangsa Maju ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kes ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!