Bukan mudah Mbappe sambar slot utama Liverpool

Kylian Mbappe
Kylian Mbappe
A
A
A

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dijangka berdepan kesukaran untuk membarisi kesebelasan utama Liverpool jika dia mengambil keputusan menyertai juara baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Menurut penjaga gol The Reds, Bruce Grobbelaar, bintang muda Perancis itu perlu bekerja lebih keras bagi menyaingi barisan mantap yang membarisi kesebelasan utama skuad kendalian Jurgen Klopp berkenaan.

“Biarpun Mbappe seorang pemain berstatus bintang dan terkenal, namun itu bukan tiket emas bagi dia untuk membarisi kesebelasan utama Liverpool tambahan pula kelab itu baru menjuarai kejuaraan liga.

“Baiklah sekiranya Mbappe datang ke Anfield, perkara pertama yang pertama perlu lakukan adalah membuktikan nilai dirinya kepada semua pemain The Reds.

“Kita lihat sahaja pemain-pemain yang datang ke bumi Anfield, contohnya (Takumi) Minamino, dia tidak hanya perlu bersaing tetapi memperbaiki kualiti permainannya bagi mendapat kepercayaan lebih jurulatih,” katanya Grobbelaar.

Grobbelaar bermain untuk Liverpool dari tahun 1981 hingga 1994 meraih beberapa kejuaraan bersama The Reds antaranya enam gelaran liga, tiga Piala FA dan satu Piala Eropah.

Dalam pada itu, bekas penjaga gol berusia 62 tahun itu menegaskan bukan satu cabaran mudah untuk kekal bersama kelab yang sarat tradisi kejuaraan Inggeris yang sering menjadi perhatian semua pihak.

Artikel Berkaitan: