Ubat Covid-19 remdesivir akan dijual RM2,221 sebotol

Gilead akan mula menetapkan harga remdesivir RM2,221 sebotol atau RM13,329 untuk keseluruhan rawatan untuk seorang pesakit Covid-19.
Gilead akan mula menetapkan harga remdesivir RM2,221 sebotol atau RM13,329 untuk keseluruhan rawatan untuk seorang pesakit Covid-19.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SYARIKAT farmaseutikal, Gilead Sciences Inc. bakal membuat penetapan harga bagi salah satu ubat Covid-19 iaitu remdesivir dengan kos rawatan keseluruhan sebanyak AS$3,120 (RM13,329) untuk seorang pesakit di bawah insurans komersial di Amerika Syarikat (AS).

Pembuat ubat itu pada Isnin mendedahkan rancangan penetapan harga itu ketika ia bersiap sedia untuk mula mengenakan bayaran bagi ubat tersebut pada bulan Julai ini.

AS telah mengedarkan remdesivir yang disumbangkan oleh Gilead sejak ubat itu dibenarkan untuk penggunaan kecemasan sejak bulan Mei lalu.

Pembuat ubat itu mengatakan, ia akan menjual remdesivir pada harga AS$390 (RM1,666) setiap botol kepada negara-negara maju di seluruh dunia, namun harga untuk syarikat insurans swasta di AS kekal pada AS$520 (RM2,221) setiap botol.

Bagaimanapun, Gilead akan mengenakan harga lebih rendah untuk program di bawah kerajaan AS seperti Medicare.

Kata jurucakap syarikat itu, majoriti pesakit Covid-19 yang dirawat dengan remdesivir akan menjalani rawatan selama lima hari menggunakan enam botol remdesivir.

Ia sekali gus menjadikan kos kerajaan untuk setiap pesakit ialah $2,340 (RM9,997) untuk rawatan selama lima hari dan AS$3,120 (RM13,329) untuk pesakit yang diinsuranskan secara komersial.

"Sama ada anda dilindungi oleh syarikat insurans swasta, atau dilindungi oleh syarikat insurans kerajaan atau anda tidak diinsuranskan dengan Covid-19, tidak akan ada masalah untuk mendapat akses dengan remdesivir," kata Ketua Pegawai Eksekutif Gilead, Daniel O'Day dalam temu bual dengan CNBC pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Setiap ubat di AS mempunyai dua harga berdasarkan sistem penjagaan kesihatan negara itu, kata O’Day, sambil menambah bahawa dia berpegang pada struktur harga dan akan memastikan akses bagi mereka yang memerlukannya.

Syarikat itu mengatakan telah mengadakan perjanjian dengan pengilang generik untuk menyediakan ubat pada harga 'jauh lebih rendah' di negara-negara membangun.

Walaupun sehingga kini masih belum ada rawatan Covid-19 yang disahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS, para saintis mendapati remdesivir berjaya mempercepatkan masa pemulihan pesakit.

Memandangkan potensi untuk mengurangkan kos hospital dan menyelamatkan nyawa, Gilead mengatakan harganya AS$390 setiap botol adalah 'jauh di bawah' nilai ubat. - Agensi