Melaka teruskan dua hari pakir percuma: Ketua Menteri

Sulaiman Md Ali
Sulaiman Md Ali
A
A
A

MELAKA TENGAH - Sebagai langkah prihatin kepada rakyat, kerajaan negeri meneruskan dua hari pakir percuma disemua kawasan pakir berkupon pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka bermula 1 Julai ini.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, penukaran hari petak kereta percuma pada hari Isnin dan Selasa berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini tidak perlu dijadikan isu.

Menurutnya, beliau yakin ramai rakyat negeri ini yang keluar berurusan pada dua hari itu sekali gus membantu mengurangkan beban mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

"Rasanya rakyat lebih gembira kerana hari bekerja mereka yang berurusan dengan pejabat kerajaan atau swasta dapat pakir percuma dibandingkan hari Sabtu dan Ahad.

"Ia tidak akan memberi impak kepada rakyat dan kita sentiasa membantu termasuk dengan pakir percuma dan rakyat dapat memanfaatnya pada hari Isnin dan Selasa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, dengan pertukaran itu juga, ia dapat membantu meningkatkan kutipan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada hujung minggu yang boleh digunakan untuk kemajuan negeri.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, keputusan kerajaan memendekkan cuti sekolah pada penghujung tahun ini tidak menjejaskan sektor pelancongan di Melaka.

Menurutnya, beliau yakin Melaka akan terus menjadi antara destinasi pilihan pelancong biarpun tempoh cuti sekolah dikurangkan kepada dua minggu tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini, daripada kira-kira 18,000 bilik hotel yang ada lebih 6,800 bilik yang telah ditempah pelancong sehingga hujung tahun ini dan itu tidak termasuk inap desa atau homestay.

"Ini menggambarkan sektor pelancongan di Melaka tidak terjejas susulan cuti sekolah yang singkat seperti diumumkan kerajaan sebelum ini," katanya.