PRU Singapura: PSP lancar manifesto

Manifesto PSP menumpukan kepada tiga bahagian iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan politikal. - Foto AFP
Manifesto PSP menumpukan kepada tiga bahagian iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan politikal. - Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Parti Kemajuan Singapura (PSP) hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum 2020 antaranya untuk memastikan rakyat negara itu menikmati hasil pertumbuhan ekonomi negara.

Manifesto 13 halaman dengan kempen slogan 'You Deserve Better' itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan politikal.

Kesemua bahagian tersebut akan menunjukkan bagaimana PSP dapat membina visi alternatif untuk Singapura.

Ia disampaikan naib pengerusi parti, Hazel Poa pada sidang media dalam talian yang turut disertai anggota PSP lain termasuk setiausaha agung, Tan Cheng Bock dan naib setiausaha agung, Leong Mun Wai.

Poa berkata, PSP mengambil pendekatan hibrid untuk menetapkan prinsip panduan yang luas dalam pelbagai bidang sebelum mengetengahkan sesebuah dasar.

Katanya, PSP akan memberi keutamaan kepada pekerjaan untuk rakyat Singapura dan pengurangan tenaga kerja asing.

Parti itu juga akan menyokong kajian semula perjanjian perdagangan bebas terutama yang berkaitan dengan pertukaran buruh seperti Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Singapura-India.

Dalam pada itu, menurutnya, ekonomi mesti berkhidmat untuk rakyat Singapura, bukan sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

"Keseluruhan tujuan pertumbuhan ekonomi mestilah untuk meningkatkan kehidupan masyarakat dan tidak seharusnya berlaku individu hanya digunakan sebagai input untuk mengembangkan ekonomi," katanya. - Agensi