600 buah 'kotak cantik' diserahkan kepada anak B40

Zuraida ketika menyerahkan sebuah kotak cantik kepada peserta berkenaan.
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak 600 buah 'kotak cantik' diserahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin kepada anak-anak golongan B40, bertempat di Perumahan Rakyat Lembah Subang 1, Taman Putera Damai, di sini, hari ini.

Kotak cantik itu yang dalamnya mengandungi barangan kebersihan seperti berus gigi, ubat gigi, tuala wanita dan alat pencukur merupakan inisiatif pelajar Kolej Antarabangsa INTI Subang yang mengumpulkan dana untuk diserahkan kepada anak-anak tersebut.

Zuraida ketika menyampaikan ucapannya sebelum penyerahan kotak cantik tersebut berkata, inisiatif ini perlu dipuji dan perlu diteruskan pada masa hadapan.

"Terima kasih kepada pihak INTI, syabas dan tahniah kepada anda semua.

"Program kebajikan ini sangat baik ,demi memperkasakan komuniti kita," katanya di sini.

Dalam pada itu, Zuraida juga memperingatkan kepada penduduk di kawasan berkenaan agar peka akan kebersihan diri selain memastikan kawasan kediaman bersih.

"Jangan buang sampah merata-rata, buang di dalam tong sampah'," pesannya.

Sementara itu menurut Ketua Eksekutif Kolej INTI Subang pula menjelaskan bahawa projek ini diusahakan kali kedua bertujuan untuk menggalakkan amalan kebersihan di kalangan anak-anak yang kurang berkemampuan, dalam kalangan komuniti bandar.

"Kami merasa amat bangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh para pelajar kami pada tahun ini, kerana mereka telah berjaya untuk mengumpulkan dana bagi menyumbang kepada mereka ini.

"Jumlah 600 buah kotak cantik ini iaitu hampir dua kali ganda berbanding jumlah di siri 1," katanya.

Penyumbangan kotak cantik yang masuk siri kedua ini merupakan sebuah gerakan untuk menggalakkan golongan anak-anak ini mengamalkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan hidup.

Ianya merupakan aspek keperluan asas manusia yang merangkumi sebahagian matlamat kelestarian pembangunan negara-negara bersatu.