Laungan gagah Awang Sariyan

Awang Sariyan
Awang Sariyan
A
A
A

FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) membahagikan penilaian setiap pelajar di negara kita kepada empat domain iaitu dari segi jasmani, intelek, emosi dan rohani. Seperti yang saya kerap ingatkan bahawa empat domain itu adalah usaha pak turut kepada Taksonomi Bloom (Bapa Reformasi Kurikulum Israel) yang membahagikan domain kepada pscyho-motor (jasmani), kognitif (intelek) dan afektif (emosi).

Para profesor pendidikan kita hanya dengan mudahnya menempel domain ‘rohani’ ke atas tiga domain sahaja untuk ‘Islamkannya’! Kerja profesor begitu mudah sekali sambil menikmati gaji luar biasa. Hanya menempel tapi pada masa sama, mereka inilah yang giat mendorong mahasiswa untuk berfikir aras tinggi iaitu aras kreatif.

Saya selalu sindir bahawa kalaulah mereka ini memang pak turut kepada Taksonomi Bloom, mereka akan mencipta taksonomi negara kita sendiri mengikut acuan kita sendiri secara kreatif. Bukankah para profesor sendiri perlu tunjuk contoh aras berfikir tinggi dan kreatif dengan menghasilkan inovasi taksonomi acuan Malaysia, bukan menciplak taksonomi Yahudi dan menempel dengan satu domain tambahan saja? Mereka yang pakar Taksonomi Bloom gagal sampai ke aras paling tinggi dalam taksonominya iaitu kreativiti dalam menginovasi taksonomi tersendiri!

Rakyat yang memperkasakan Bahasa Melayu pasti akan tertanya, mengapa FPK guna perkataan intelek dan bukan akal budi? Keutamaan patut diberi pada istilah Melayu khususnya dalam aktiviti-aktiviti rasmi seperti surat kerajaan dan falsafah negara. Beban justifikasi terletak atas bahu sesiapa yang taksub istilah Inggeris kalau mahu mengutamakannya walaupun istilah sinonim Melayu ada. Penulis tiada masalah kalau istilah-istilah Inggeris di Melayukan dalam komunikasi harian tetapi utamakanlah istilah teras Melayu dalam kenyataan rasmi yang melibatkan jati diri negara.

Adakah kerana beria dengan falsafah Bapa Reformasi Kurikulum Israel? Kalau ya, mengaku saja terang-terang tanpa berselindung sebagai tanggungjawab ketelusan ilmiah. Bagilah penjelasan bahawa Islam tidak larang budaya konsumerisme idea!

IstilahAdakah kerana perkataan intelek lebih saintifik berbanding dengan perkataan akal budi? Istilah Inggeris lebih berwibawa? Kalau ya, mengaku sajalah dan berilah penjelasan yang telus.

Adakah kerana nak puaskan hati masyarakat majmuk di negara kita? Mungkin alasannya ialah perkataan akal budi agak janggal dan tidak difahami oleh bukan Melayu berbanding dengan perkataan intelek? Kalau ya, mengaku sajalah dan berilah penjelasan bahawa susah betul memartabatkan Bahasa Melayu di negara sendiri, susah betul nak mengajar Cina dan India makna akal budi. Inggeris lebih popular, komersial.

Atau mengaku sajalah bahawa profesor pendidikan sendiri tidak selesa dengan perkataan akal budi! Mereka terdidik dengan falsafah pendidikan Barat sehingga tidak mampu berfikir lagi kecuali sekadar sampai aras aplikasi falsafah Barat sahaja dengan sedikit tampalan Islamik.

Artikel Berkaitan:

Mengapa FPK utamakan istilah memperkembangkan potensi individu bukan istilah membina jati diri yang membawa makna yang lebih mendalam? Kalau FPK tidak memperjuangkan istilah-istilah teras Melayu, maka lupakan sajalah memartabatkan bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu hanya di gunakan untuk pesan teh tarik sahaja!Istilah akal budi sudah diketepikan, bahkan digasak oleh pelbagai istilah Inggeris seperti intelek, minda, mental dan IQ. Akhirnya istilah akal budi dan jati diri menjadi janggal. Berapa lagi istilah teras Melayu mahu diremehkan sedemikian?

Laungan pahlawan bahasa, Profesor Datuk Awang Sariyan untuk mengubah Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) supaya menguatkan pelaksanaan Bahasa Melayu baru-baru ini patut dipuji dan disambut dengan semangat jihad!

* Xifu Naser ialah Tokoh Pendakwah Perak