Plus sesak 13km, laluan kontra di Simpang Pulai dibuka

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Laluan kontra dibuka kira-kira 3km sebelum susur keluar Simpang Pulai susulan kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 283.5, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, pembukaan laluan kontra sepanjang 2km itu bagi kerja membersihkan besi buruk yang bertaburan di atas jalan selepas sebuah treler membawa muatan bahan itu terbalik dalam nahas jalan raya itu.

Katanya, dalam kemalangan kira-kira 9 pagi itu, treler berkenaan dari Sungai Petani, Kedah ke Shah Alam, Selangor terbalik setelah gagal mengelak sebuah lori jenis Mitsubishi yang tiba-tiba memasuki laluannya.

Setakat jam 5.30 petang, laluan trafik ke arah selatan masih sesak sepanjang 13km, manakala laluan ke arah utara perlahan sepanjang 5km kerana kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.
Setakat jam 5.30 petang, laluan trafik ke arah selatan masih sesak sepanjang 13km, manakala laluan ke arah utara perlahan sepanjang 5km kerana kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

"Lori treler itu gagal dikawal dan melanggar bahagian belakang lori Mitsubishi sebelum terbalik merintangi jalan, namun tiada kecederaan dilaporkan akibat kemalangan itu," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi memaklumkan, setakat jam 5.30 petang ini, laluan trafik ke arah selatan masih sesak sepanjang 13km, manakala laluan ke arah utara perlahan sepanjang 5km.

PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi arahan papan tanda di lokasi kejadian kerana kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan: