SPRM cari Mohd Yunus bantu siasatan kes rasuah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang berusaha mengesan seorang lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Yunus Habi Rahman, 24, yang beralamat terakhir di Jalan Taman Tenaga, Taman Tenaga Maluri Cheras di sini sedang dicari.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Yunus diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Gray Lee Yadon di talian 019-8408395 atau 05-5267000. - Bernama

Artikel Berkaitan: