X

Kindly register in order to view this article
!

Ibu kandung kanak-kanak perempuan dicari

Susilah dicari untuk membantu proses daftar kelahiran anaknya.
A
A

SUNGAI PETANI - Ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dicari, setelah tiga tahun menghilangkan diri.

Mohd Hanief Suliman, 35, dan isteri, Azlin Yaakob, 37, dari Sungai Layar berkata, tujuan pencarian tersebut adalah untuk memudahkan proses daftar lewat kelahiran kanak-kanak terbabit yang dilahirkan di Pulau Pinang pada 16 Julai 2014.

Menurut Mohd Hanief, kanak-kanak itu yang diberi nama Nur Fatihah Ramdhani, 6, berada di bawah jagaannya selepas diserah ibu kandung dikenali Susilah, 38, ketika usianya 12 hari akibat masalah kewangan.

"Nur Fatihah Ramdhani dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan menjadi kesayangan keluarga.

Mohd Hanief dan Azlin menunjukkan gambar Susilah dan dokumen yang perlu dilengkapkan.
Mohd Hanief dan Azlin menunjukkan gambar Susilah dan dokumen yang perlu dilengkapkan.

"Kali terakhir Nur Fatihah bertemu ibunya ialah pada sambutan hari raya tiga tahun lalu semasa umurnya 3 tahun," katanya.

Sementara itu, Azlin berkata, Susilah yang berasal dari Indonesia sebelum ini bekerja di sebuah kilang dan menetap di asrama perempuan di Taman Merlimau, Bukit Minyak, Pulau Pinang.

"Kami cuba hubungi nombor dan cari dia di lokasi berdekatan tetapi gagal," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi keluarga itu di talian 014-3661083.

Azlin berkata, pencarian dilakukan mengikut prosedur Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi melengkapkan dokumen diperlukan Jabatan Pendaftaran Negara termasuk mempercepatkan proses daftar lewat kelahiran Nur Fatihah sekali gus menyediakan dokumen lengkap bagi urusan persekolahannya tahun hadapan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus