JBPM, KKM tandatangan NoU semak keselamatan hospital

Abdul Wahab melawat Pusat Media di Kampung Baru Salong, hari ini
Abdul Wahab melawat Pusat Media di Kampung Baru Salong, hari ini
A
A
A

PEKAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) menandatangani Nota Persefahaman (NoU) menyemak semula aspek keselamatan kebakaran termasuk struktur pendawaian di seluruh hospital di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, perkara itu sudah dilaksanakan sebelum ini, namun terhenti susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meskipun beberapa siri perbincangan sudah diadakan.

Menurutnya, Nou yang ditandatangani itu memastikan kedua-dua pihak mematuhi tahap keselamatan kebakaran di semua hospital.

"Kita turut memberi latihan bersama selain khidmat nasihat kepada pihak KKM dalam menghadapi situasi kebakaran. Pihak KKM juga dari masa ke masa akan memberi input dan kerjasama yang baik, sekali gus mengadakan latihan bersama dari segi latihan kebakaran serta kemahiran kakitangan bertugas di wad," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui mengiringi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dalam program Jom Raikan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 di Kampung Baru Salong, Chini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata, kemahiran kakitangan hospital dalam mengawal kebakaran perlu, sekiranya berdepan dengan situasi tersebut di wad hospital.

Kata beliau, hasil daripada NoU yang dilakukan itu dapat melihat tindakan pantas kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru berjaya mengeluarkan kesemua 24 pesakit.

Menurutnya, malah mereka juga berusaha memadamkan kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api disediakan di hospital itu.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran itu walaupun tidak dapat dipadamkan, tapi ia dapat mengurangkan kemerebakan.

"Bila bomba sampai dalam tempoh lima minit dan buat pemadaman, (maka) kebakaran itu dianggap kecil," katanya.

Dalam kejadian semalam, wad Perempuan 1 di hospital berkenaan terbakar kira-kira jam 3 petang namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.