Tabung Haji akan terus diyakini

Mujahid
Mujahid
A
A
A

AKIBAT dilanda kontroversi dengan isu aset dan beberapa pimpinan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) terdahulu ditahan reman untuk siasatan penyalahgunaan wang dana jemaah haji, segelintir pendeposit mula curiga terhadap ketelusan TH dalam mengendalikan simpanan mereka untuk menunaikan ibadah Haji.

Umum juga tahu, prestasi kewangan TH tidak memberangsangkan akibat mengalami defisit RM4.1 bilion.

Bagaimanapun pengurusan baharu di bawah Kerajaan PH mula memangkin pemulihan prestasi TH dengan melakukan penstrukturan semula bagi membolehkan agensi itu kembali ke landasannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘InsyaALLAH TH pulih tahun ini’]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji: Apa yang perlu anda tahu]

[ARTIKEL BERKAITAN: Skandal TH: Pendeposit tak perlu bimbang]

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salahkan BN: Najib]

Itu antara ikrar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang boleh dipegang umat Islam di negara ini bagi meneruskan keyakinan terhadap krebiliti badan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, antara langkah penstrukturan itu adalah mewujudkan Special Purpose Vehical (SPV).

Isu SPV atas nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd ini tidak terlepas dikecam dan dikaitkan dengan tohmah politik kerana ia di bawah Kementerian Kewangan yang diterajui Menteri DAP Lim Guan Eng lalu menerbitkan persepsi bahawa TH terbabit dengan orang bukan Islam.

Namun tegas Mujahid, tohmahan seperti itu hanyalah fitnah yang mahu merosakkan imej TH.


Lembaga Tabung haji (TH) akan terus memberikan khidmat cemerlang menguruskan simpanan dan perjalanan ibadah haji.
Lembaga Tabung haji (TH) akan terus memberikan khidmat cemerlang menguruskan simpanan dan perjalanan ibadah haji.

Dalam pada itu, satu lagi membuatkan kerajaan optimis TH akan kembali ke landasan asalnya dengan cepat adalah pelan pemulihan kewangan terhadap badan berkanun itu yang diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM), bermula awal tahun ini.

“Dengan kawal selia ini, ia tidak bermakna TH di bawah BNM kerana TH akan terus beroperasi dan tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995.

“Penting untuk dijelaskan bahawa skop kawal selia ini tidak merangkumi tadbir urus dan pengurusan haji. Penyeliaan BNM akan memantapkan pengurusan risiko TH terutama berkaitan risiko pelaburan, kecairan, pasaran serta operasi agar ia selari dengan standard industri,” katanya.

Keputusan meletakkan TH di bawah BNM tak bermakna kawal selia itu mencampuri tadbir urus dan pengurusan haji.