Sekurang-kurangnya 28 maut, feri terbalik di Bangladesh

Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa ke terminal feri Sadarghat di Dhaka. - Foto AFP
Pasukan penyelamat membawa mayat mangsa ke terminal feri Sadarghat di Dhaka. - Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Anggota penyelam menemukan sekurang-kurangnya 28 mayat selepas sebuah feri penumpang terbalik di Bangladesh, kata seorang pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Puluhan lagi masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan di Sungai Buriganga, Dhaka.

Misi mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba dan tentera laut.

"Kejadian berlaku pada Isnin, feri penumpang itu terbalik selepas berlanggar dengan kapal lain," kata Pegawai Perkhidmatan Bomba, Rozina Islam.

Mangsa yang maut termasuk tiga kanak-kanak.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan berapa ramai penumpang berada di dalam kapal itu ketika nahas berlaku.

Media tempatan melaporkan terdapat kira-kira 100 orang ketika nahas, memetik saksi kejadian dan polis. - Bernama

Artikel Berkaitan: