Covid-19: Darurat dilanjutkan sebulan lagi di Thailand

Kelonggaran sekatan pergerakan membabitkan aktiviti perniagaan fasa kelima dilaksanakan bertujuan membantu golongan miskin dan penganggur. - Foto Reuters
Kelonggaran sekatan pergerakan membabitkan aktiviti perniagaan fasa kelima dilaksanakan bertujuan membantu golongan miskin dan penganggur. - Foto Reuters
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata, kemungkinan darurat dilanjutkan untuk sebulan lagi dan kelonggaran sekatan pergerakan membabitkan aktiviti perniagaan fasa kelima dilaksanakan bertujuan membantu golongan miskin dan penganggur, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Beliau berkata, langkah khas dan mengenakan dekri eksekutif ke atas pentadbiran awam semasa darurat membantu mengawal penularan wabak, justeru kerajaan perlu melanjutkan di bawah ketetapan itu.

Dekri darurat memberi kuasa kepada kerajaan melaksanakan langkah pencegahan yang pantas termasuk menangguhkan serta menyambung semula perniagaan dan aktiviti lain.

Perdana menteri itu berkata, kerajaan tidak berniat menyalahgunakan keputusan berkenaan untuk mengehadkan hak rakyat tetapi dilaksanakan ekoran kebimbangan terhadap penularan koronavirus Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: