Penduduk 'curi' jenazah Covid-19

Ratusan penduduk 'mencuri' jenazah pesakit wabak Covid-19 meskipun dihalang polis. - Foto: Tribunnews
Ratusan penduduk 'mencuri' jenazah pesakit wabak Covid-19 meskipun dihalang polis. - Foto: Tribunnews
A
A
A

JAKARTA - Ratusan penduduk kampung Ambon di sini menghalang sebuah ambulans membawa jenazah pesakit koronavirus (Covid-19).

Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan, ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka, lapor Tribunnews.

Dalam rakaman itu, penduduk juga menjerit dan meluahkan kemarahan kepada anggota polis dan petugas perubatan yang mengawal jenazah.

Penduduk memberitahu, jenazah itu meninggal dunia dipercayai bukan dijangkiti Covid-19, tetapi mempunyai penyakit lain.

Keadaan menjadi kelam-kabut, para petugas barisan hadapan terpaksa melihat penduduk 'mencuri' jenazah dari ambulans untuk dibawa ke rumah dan meninggalkan keranda jenazah di tepi jalan.

Ketua Polis Pulau Ambon dan Lease Island, Leo Surya Nugraha Simatupang Polis Pesuruhjaya berkata, kejadian itu didakwa berpunca daripada salah faham.

"Petugas perubatan telah memberi penjelasan sebaiknya bahawa pesakit itu meninggal dunia kerana wabak Covid-19. Akhirnya keluarga memahami.

"Mereka kembalikan jenazah tersebut kepada petugas perubatan dan dimakamkan di Warasia seperti saranan ahli keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan: