Tun M nafi calonkan sendiri anaknya sebagai TPM II

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mencalonkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Dr Mahathir berkata, pelantikan anaknya itu sudah pun disebut dalam kenyataan bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 22 Jun lalu.

"Saya berada dalam keadaan serba salah. Ketika waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya sudah larang anak saya bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti kerajaan. Saya tidak mahu dituduh mengamalkan nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya.

"Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka dibebaskan untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka," katanya dalam satu kenyataan dalam blog peribadinya, Chedet.cc.

Dr Mahathir berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pemimpin pembangkang menuduh pencalonan Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usahanya menjadikan Mukhriz bakal perdana menteri pada masa hadapan.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir bersetuju untuk memilih Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggantikannya sebagai calon perdana menteri dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) Plus.

Dr Mahathir berkata, apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri beliau.

Menurutnya, sama ada penjelasan beliau diterima atau tidak, terpulanglah kepada semua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis.

"Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia," katanya.