Mohon kurangkan 50 peratus cukai pintu dan tanah

Tian Hock mengadakan lawatan sempena kempen derma darah di Hospital Perubatan Mawar baru-baru ini.
Tian Hock mengadakan lawatan sempena kempen derma darah di Hospital Perubatan Mawar baru-baru ini.
A
A
A

SEREMBAN - Pemaju Perbandaran Negeri Sembilan, Matrix Concept Holding Berhad mencadangkan kerajaan negeri memberikan diskaun 50 peratus bagi cukai tanah dan pintu kepada pemilik rumah pangsa dan teres di negeri ini yang terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad, Datuk Lee Tian Hock berkata, pengurangan tersebut perlu dibuat sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun bagi mengurangkan beban terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Beliau menjelaskan, kebanyakan pemilik rumah pangsa dan teres terdiri daripada golongan B40 dan M40 yang berdepan kesukaran dari segi kewangan.

"Jika boleh, pihak kerajaan negeri dapat kurangkan bayaran cukai tanah dan cukai pintu sebanyak 50 peratus kepada penghuni rumah pangsa serta rumah teres memandangkan kebanyakan mereka ini golongan M40 dan ke bawah.

"Cukai tanah dan pintu bagi premis kedai juga boleh dikurangkan memandangkan perniagaan mereka terjejas semasa Covid-19 ini," katanya kepada pemberita semasa program derma darah di Hospital Perubatan Mawar dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri untuk mengurangkan cukai tanah dan pintu itu kelak sudah pasti akan disambut baik penduduk di negeri ini.

Dalam pada itu, kata beliau, bagi memastikan semua pekerja pembinaan di tapak projek bebas jangkitan Covid-19, pihaknya telah meminta semua pekerja menjalankan saringan Covid-19 yang ditanggung sepenuhnya oleh Matrix Concepts.

Katanya, seramai 2,200 pekerja di tapak pembinaan seluruh negara telah melakukan saringan dan sehingga kini mereka diarah untuk mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja bagi memastikan semuanya sentiasa sihat serta tidak dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan: