X

Kindly register in order to view this article
!

Lampard mahu Chelsea catat lebih banyak kejayaan

Barkley (hadapan) meraikan jaringannya -Foto AFP
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard mahu kesebelasan anak didiknya meraih lebih banyak kejayaan setelah berjaya menempah slot ke separuh akhir Piala FA musim ini.

Katanya, kejayaan menewaskan Leicester City 1-0, perlu berterusan berikutan skuad The Blues itu bakal berdepan Manchester United di separuh akhir kelak.

Justeru menurutnya, kesebelasan pemain perlu bersedia dan terus mempamerkan aksi terbaik masing-masing menjelang perlawanan berkenaan.

“Saya mahukan lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Pada perlawanan dengan Leicester City, kita tidak beraksi dengan baik bagi tempoh 45 minit. Saya melakukan pertukaran kerana kami perlu memperbaiki persembahan kami dan kami berjaya lakukannya.

“Kami memang kurang bernasib baik apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Leicester City dan disebabkan itu, kami perlu belajar untuk tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah pada masa hadapan.

“Saya juga tidak mahu kedengaran terlalu berhati-hati kerana ia sememangnya penting untuk mendapat kemenangan 1-0 pada ketika kita tidak beraksi dengan baik,” katanya.

Sementara itu Lampard berkata, dia cukup gembira dengan aksi pemain gantian seperti Ross Barkley, Cesar Azpilicueta dan Mateo Kovacic pada perlawanan berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga pemain berkenaan telah berjaya mengubah rentak perlawanan yang menyaksikan skuad The Blues itu pula yang mendominasi perlawanan berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak fikir yang kami beraksi buruk pada 45 minit pertama. Bagaimanapun, mujurlah tiada sebarang jaringan yang dilakukan oleh Leicester City.

“Sehinggalah Barkley menjaringkan gol pada minit ke-63 dan sekali gus kami memenangi perlawanan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf