X

Kindly register in order to view this article
!

Pasar Pagi City Park Seremban 2 kembali beroperasi

Nicole (kanan) semasa meninjau Pasar Pagi City Park Seremban 2 hari ini.
A
A

SEREMBAN - Lebih 50 penjaja pasar pagi di City Park Seremban 2 menarik nafas lega apabila diberi kebenaran menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan bermula semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan berkata, sebelum ini pasar pagi di kawasan tersebut beroperasi di tapak hadapan, namun mendapat bantahan daripada pemilik premis berdekatan berikutan terdapat gangguan perniagaan termasuk kekurangan pelanggan yang masuk ke premis terbabit disebabkan operasi pasar pagi tersebut.

Bagaimanapun, katanya, setelah pihaknya mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), kesemua peniaga dipindahkan ke kawasan lebih strategik iaitu di bahagian belakang yang tidak mengganggu premis perniagaan lain.

"Kita sudah memberi kebenaran kepada penganjur untuk menjalankan pasar pagi di sini, jadi mereka perlu mematuhi segala SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan, terutamanya langkah dalam menangani penyebaran koronavirus (Covid-19).

"Jika kita dapati mereka gagal mematuhi SOP, tindakan akan diambil serta-merta termasuk kompaun dan menyita barang perniagaan mereka," katanya selepas melakukan tinjauan di Pasar Pagi City Park Seremban 2 dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Exco Kebajikan, Keluarga, Wanita dan Masyarakat berkata, pematuhan SOP sangat penting bagi memastikan masyarakat turut berperanan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, pasar pagi ini beroperasi setiap hari bermula jam 7 sehingga 11 pagi sahaja dan semua penjaja perlu membersihkan kawasan setempat serta membawa pulang meja serta khemah perniagaan masing-masing.

Tegas beliau, tindakan penguatkuasaan akan diambil jika didapati terdapat pelanggaran SOP dalam setiap operasi yang dijalankan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!