Polis Johor rampas dadah RM21 juta

Ayob Khan (kanan) melihat tiga kereta dan sebuah motosikal yang disita hasil beberapa serbuan pada 21 dan 22 Jun lalu di Seri Alam selepas sidang media di IPK Johor hari ini.
Ayob Khan (kanan) melihat tiga kereta dan sebuah motosikal yang disita hasil beberapa serbuan pada 21 dan 22 Jun lalu di Seri Alam selepas sidang media di IPK Johor hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor merampas pelbagai jenis dadah seberat 976.29kg bernilai RM21.13 juta dari 1 Januari hingga kelmarin.

Ketua Polisnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kejayaan itu turut melibatkan 8,722 tangkapan atas pelbagai kesalahan dadah.

"Dalam tempoh tersebut juga kita melakukan sitaan harta dan aset bernilai RM8.44 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Menurutnya, tangkapan terbaharu adalah menerusi lima serbuan pada 21 dan 22 Jun yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seri Alam di sekitar Seri Alam di sini dan menahan lima suspek.

"Menerusi operasi khas ke atas sindiket pengedaran dadah itu, kita merampas 9.135kg ganja, 36.13 gram syabu dan 2 liter air ketum bernilai RM26,470.

"Kita juga menyita tiga buah kenderaan bernilai RM396,000, sebuah motosikal bernilai RM8,000 dan wang tunai RM850 dengan kesemua nilai rampasan dadah dan sitaan bernilai RM421,329," katanya.

Katanya, semakan mendapati, seorang suspek ialah individu yang dikehendaki atas kesalahan dadah mengikut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seorang lagi mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Semuanya direman selama 11 hari sehingga 3 Julai ini di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39(A) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) akta sama Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 (LLPK)

Artikel Berkaitan:

Beliau berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka.