X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur tipu pelaburan emas tidak wujud didenda RM3,000

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua bulan kepada seorang penganggur kerana memperdayakan seorang lelaki untuk menyerahkan wang RM20,000 bagi pelaburan emas 21st Revenue yang tidak wujud.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Adi Hasarli Ariffin, 35, selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan Abd Aziz Abdullah, sehingga mendorongnya menyerahkan RM20,000 bagi wang pelaburan itu.

Mohd Adi Hasaril dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah cafe di Sentul pada November 2015 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menyara seorang anak dan isterinya sedang hamil. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus