Ikan lumba-lumba robot di taman marin

Ikan lumba-lumba robot yang dicipta untuk taman-taman hidupan laut di China. - Foto Edge Innovation
Ikan lumba-lumba robot yang dicipta untuk taman-taman hidupan laut di China. - Foto Edge Innovation
A
A
A

SAN FRANCISCO - Sebuah syarikat teknologi dan kesan khas di San Francisco, Amerika Syarikat mencipta robot ikan lumba-lumba untuk akuarium dan taman-taman marin di China, lapor portal berita Mailonline baru-baru ini.

Robot ikan marin itu dibangunkan oleh syarikat Edge Innovation iaitu sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan oleh pakar kesan khas veteran, Walt Conti.

Conti sebelum ini pernah bekerja dengan pembikinan filem The Abyss, Anaconda, Deep Blue Sea, The Perfect Storm dan banyak lagi filem.

Tujuan syarikat itu ialah untuk membantu taman-taman marin di China untuk mengatasi larangan perdagangan bagi mendapatlkan hidupan liar.

Menurut laporan portal IFL Science, pihak yang mengendalikan akuarium di China telah menghubungi syarikat Edge Innovations dengan mengemukakan idea penciptaan ikan lumba-lumba robot tanpa perlu menangkap haiwan asli bagi tujuan demonstrasi dan pendidikan.

China kini melarang perdagangan hidupan liar berkutan pandemik Covid-19. - Foto Edge Innovation
China kini melarang perdagangan hidupan liar berkutan pandemik Covid-19. - Foto Edge Innovation

Robot itu dibina dengan menggunakan bentuk ikan lumba-lumba spesies bottlenose remaja dan boleh berenang selama 10 jam dengan sebuah bateri yang dicaj sekali sahaja.

Ikan lumba-lumba tiruan itu direka supaya mirip hidupan laut yang sebenar dan dikawal dengan alat kawalan jauh oleh seorang individu.

Artikel Berkaitan:

Menurut portal berita Metro.co.uk, sebanyak 150 ikan lumba-lumba robot itu akan dijual dalam tempoh tiga tahun dengan harganya antara AS$40 juta (RM171.66 juta) hingga AS$60 juta (RM257.49 juta) seunit.

Ikan lumba-lumba tiruan itu boleh berkomunikasi dengan penonton termasuk membuat bunyi bising dan menggoyangkan kepala.

China seperti juga negara lain kini menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19) yang dipercayai berasal dari pasar hidupan liar di bandar raya negara itu, Wuhan pada lewat tahun lalu. - Agensi