X

Kindly register in order to view this article
!

Semua 14 bahagian Bersatu Kelantan sokong Muhyiddin

Kamarudin (kanan) menerima surat lafaz ikrar sokongan terhadap Perdana Menteri dari bahagian Machang yang diserahkan oleh Kamaruddin.
A
A

KOTA BHARU - Kesemua 14 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan akhirnya sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sokongan sepenuhnya itu dicapai apabila satu-satunya bahagian iaitu Machang yang dipimpin Datuk Sazmi Miah sebelum ini tidak menyokong Muhyiddin tampil menyatakan pendirian untuk bersama dengan Muhyiddin.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, walaupun ketuanya dikatakan tidak sealiran dengan keputusan dibuat peringkat akar umbi tetapi bahagian Machang telah membuat satu keputusan realistik.

“Saya sangat gembira dengan keputusan yang dibuat. Daripada 32 cawangan di Machang, 25 telah hadir membuat pertemuan dengan saya atas kehendak mereka tanpa paksaan untuk nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Kamarudin Md Nor
Kamarudin Md Nor

“Hari ini mereka melafazkan ikrar di hadapan saya tanpa ugutan dan menyerahkan surat ikrar menyokong Perdana Menteri, saya akan sampaikan kepada Perdana Menteri. Satu perkembangan sangat baik untuk Bersatu Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, beliau menerima surat ikrar daripada akar umbi Bersatu Machang yang diserahkan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Machang, Kamaruddin Ab Kadir.

Dalam sama sama, Kamarudin berkata, Bersatu Machang sepakat mengubah keputusan yang sebelum ini menentang Muhyiddin disebabkan terdapat kekeliruan antara pucuk pimpinan negara dan parti.

“Apa yang dinyatakan kepada saya hari ini, mereka sudah sedar dan dapat melihat kewibawaan Muhyiddin dalam memimpin Kabinet baharunya ketika berdepan dengan pelbagai serangan daripada pihak lawan tidak kira sesama satu parti.

“Peringkat akar umbi secara jelas dapat menilai kemampuan Perdana Menteri dibantu pimpinan lain menyusun strategi dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19) yang ternyata dalam masa sama dapat membantu rakyat secara berperingkat,” katanya.

Katanya juga, kesepakatan itu turut dinanti-nantikan untuk bersama-sama membantu kerajaan dan parti dalam memberikan khidmat kepada rakyat sekali gus membantu mencapai hala tuju yang lebih baik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus