Israel dilanda gelombang kedua Covid-19

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memakai pelitup muka ketika mengendalikan mesyuarat kabinet di Jerusalem. Foto: Reuters
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memakai pelitup muka ketika mengendalikan mesyuarat kabinet di Jerusalem. Foto: Reuters
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel mengalami gelombang kedua wabak Covid-19, memaksa rejim itu memperkenalkan langkah pencegahan lebih ketat, kata Menteri Kesihatan, Yuli Edelstein pada Ahad lapor agensi berita Anadolu.

"Kita kini dilanda gelombang kedua Covid-19. Kita harus memperkenalkan sekatan baharu merangkumi aktiviti mesyuarat, upacara perkahwinan dan tempat ibadat Yahudi,” kata Edelstein.

Menurut data kementerian, seorang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu dan 218 kes baharu disahkan.

Pada Khamis, Israel melaporkan 668 kes baharu dalam tempoh sehari, jumlah harian tertinggi sejak 3 April manakala 819 orang lagi didiagnosis.

Setakat ini, Israel melaporkan sebanyak 23,755 kes jangkitan termasuk 318 kematian dan 17,074 pesakit sembuh.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, virus itu telah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah. Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia negara paling teruk diancam.

Lebih 500,000 orang di seluruh dunia menjadi korban dengan hampir 10.1 juta kes disahkan dan lebih 5.1 juta pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: