Vietnam kekal rekod sifar kes baharu Covid-19

Seorang budak lelaki melihat papan tanda panduan mencegah jangkitan Covid-19 yang diletakkan di kawasan pelancongan di Vietnam. - Foto 123RF
Seorang budak lelaki melihat papan tanda panduan mencegah jangkitan Covid-19 yang diletakkan di kawasan pelancongan di Vietnam. - Foto 123RF
A
A
A

HANOI - Sejak 16 April, Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar jangkitan baharu Covid-19 dalam komuniti tempatan, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19 pada Ahad, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Daripada 355 kes yang disahkan di Vietnam setakat ini, 215 terdiri kes import dan dikuarantin semasa tiba di negara ini, tanpa risiko penularan dalam kalangan masyarakat.

Seramai 9,048 kontak pesakit atau yang tiba dari wilayah terjejas wabak kini dikuarantin di seluruh negara, termasuk 107 di hospital, 8,051 di pusat khas dan 890 di rumah.

Seramai 330 daripada 355 pesakit atau 93 peratus, sudah pulih sepenuhnya dan kekal tiada kematian dilaporkan.

Seramai 10 pesakit masih menjalani rawatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: