Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit disebut harga pada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.2890/2930 ketika ditutup pada Jumaat lepas. - Foto 123RF
Ringgit disebut harga pada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.2890/2930 ketika ditutup pada Jumaat lepas. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dalam situasi berhati-hati dengan mata wang dolar kekal kukuh di celah-celah kebimbangan akan berlakunya gelombang kedua Covid-19.

Pada jam 9.08 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.2890/2930 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ambank Research dalam nota penyelidikannya berkata, penurunan ringgit yang baru-baru ini merosot 0.29 peratus kepada 4.291, sebahagiannya adalah disebabkan oleh semakan semula S&P Global Ratings ke atas tinjauan ekonomi Malaysia.

"Agensi pada Jumaat telah menaraf turun tinjauan ekonomi domestik Malaysia kepada negatif daripada stabil, sekali gus mencerminkan peningkatan risiko kemerosotan seterusnya dalam pengaturan fiskalnya yang berkaitan dengan pandemik Covid-19.

"Kami menjangka ringgit diniagakan antara paras sokongan 4.2730 dan 4.2811 sementara paras halangan pada 4.2943 dan 4.3014," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain kecuali euro.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0788/0849 daripada 3.0827/0865 dan meningkat berbanding yen kepada 3.9985/0054 daripada 4.0114/0155 Jumaat lepas.

Mata wang tempatan juga tinggi berbanding pound Britain pada 5.2986/3085 daripada 5.3124/3190, tetapi susut berbanding euro kepada 4.8177/8268 daripada 4.8118/8167 sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: