Suarez mahu Barcelona lebih serius

Luis Suarez
Luis Suarez
A
A
A

PENYERANG Barcelona, Luis Suarez menggesa Quique Setien dan barisan kejurulatihannya mengkaji semula prestasi selepas penyandang juara itu diikat 2-2 ketika menentang Celta Vigo pada aksi La Liga di Stadium Municipal de Balaídos.

Pemain Uruguay itu yang tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya berkata, dia terkilan dengan prestasi tidak konsisten dipamerkan pemain-pemain Barcelona ketika bertandang ke laman lawan.

“Anda harus bertanya kepada jurulatih, apa sebenarnya yang telah berlaku kepada pemain Barcelona dalam perlawanan ini.

“Pada saya, mereka seharusnya mengkaji dan menganalisis semula prestasi keseluruhan pemain dalam mengharungi baki perlawanan apatah lagi ketika beraksi luar Camp Nou.

“Keputusan di Celta Vigo secara tidak langsung memberi impak negatif kepada Barcelona. Sekiranya kami mahu kekal dalam perebutan gelaran kami perlu menang semua perlawanan sebaliknya kini kami perlu mengharapkan Real Madrid tercicir mata,” katanya.

Pada aksi itu, Suarez meletakkan pelawat dua kali di depan, namun jaringan Fedor Smolov dan Iago Aspas membolehkan tuan rumah mencuri satu mata.

Selasa ini anak buah Setien bakal menyambut kedatangan Atletico Madrid kendalian Diego Simeone yang tampak lebih berkeyakinan setelah menewaskan Alaves 2-1 di Wanda Metropolitano.

Artikel Berkaitan: