X

Kindly register in order to view this article
!

Lagi premis dikendalikan warga asing diarah tutup

Tiga warga Somalia yang juga pemegang kad UNCHR yang berada di kedai jahit di Plaza Idaman sewaktu pemeriksaan dijalankan anggota DBKL hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kedai jahit dikendalikan warga Somalia dan Yemen pula ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini selepas penutupan tiga kedai dikendalikan warga Indonesia, atas kesalahan berniaga tanpa kebenaran.

Unit media DBKL di Facebook rasminya memaklumkan, penutupan dua premis tersebut dibuat melalui siri tindakan khas DBKL ke atas perniagaan dikendalikan warga asing di Parlimen Wangsa Maju.

Memetik kenyataan itu, kedua-dua premis terletak di Plaza Idaman itu ditutup mengikut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kedai dikendalikan warga Somalia dan Yaman ditutup DBKL selepas berniaga tanpa kebenaran.
Kedai dikendalikan warga Somalia dan Yaman ditutup DBKL selepas berniaga tanpa kebenaran.

"Premis kedai jahit pertama dikendalikan oleh tiga warga Somalia manakala premis kedua oleh seorang warga Yemen yang kesemuanya ialah pemegang kad UNHCR (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian)," memetik kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, tindakan dan pemantauan terhadap aktiviti tersebut akan diteruskan oleh DBKL dari masa ke masa.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1-800-88-3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran," katanya.

Anggota DBKL menjalankan pemeriksaan ke atas kedai jahit yang juga menjual pakaian di Plaza Idaman hari ini.
Anggota DBKL menjalankan pemeriksaan ke atas kedai jahit yang juga menjual pakaian di Plaza Idaman hari ini.

Terdahulu, DBKL menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terbabit dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan seperti mana yang diperuntukkan menerusi peraturan berkenaan.

Pagi ini Sinar Harian melaporkan, tiga kedai dikendalikan warga Indonesia ditutup sewaktu pemeriksaan dan pemantauan di Jalan Madrasah selain siri tindakan khas melibatkan penutupan premis gunting rambut yang dikendalikan warga Bangladesh.

Turut dikenakan tindakan sama termasuk sitaan barangan melibatkan aktiviti penjajaan oleh warga Myanmar di sekitar Pusat Bandar Utara, Selayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah buat apa lari!


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!