Satelit atasi kesesakan internet

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

SEJAK Covid-19 melanda, ledakan maklumat dan kesesakan internet amat ketara. Pendekatan normal baharu menuntut kita terus untuk duduk di rumah dan membuat kerja dari rumah melalui penggunaan internet.

Wabak Covid-19 telah menjejaskan banyak aspek kehidupan. Ramai yang hilang pekerjaan dan peniaga yang telah gulung tikar. Pendapatan isi rumah juga berkurangan. Pakej Rangsangan yang diperkenalkan kerajaan sekadar mampu mengatasi masalah ekonomi jangka pendek. Namun pakej ekonomi perlu sejajar dengan pakej telekomunikasi sebagai perantara dan katalis pembangunan negara.

Apabila 4G mengalami kesesakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa pilihan perlu difikir. Banyak keluhan ditimbulkan akibat kelembaban internet. Sehingga memaksa segelintir individu tercari-cari rangkaian internet untuk berhubung, belajar atau untuk berurusan dan bekerja.

Bagi menangani masalah kesesakan rangkaian yang berpunca daripada ramai pengguna menggunakan rangkaian di kawasan sama dicadangkan penukaran sokongan data mudah alih kepada rangkaian 3G atau 2G sebagai alternatif.

Pengguna juga perlu menghadkan panggilan telefon jika tiada kes kecemasan dan cuba untuk menghantar mesej teks sahaja, kerana ia lebih mudah berbanding panggilan telefon.

Masa kini penggunaan internet amat berguna dan menjadi nadi penghubung dan kemestian untuk menjalani aktiviti kehidupan ketika PKP masih lagi dikuatkuasakan.

Dalam masa sama, penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu memastikan kualiti pakej internet percuma yang diberikan kepada pengguna, adalah di tahap terbaik.

Usaha kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej khas internet percuma, kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan PKP tamat amat disanjung.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), mengumumkan pakej khas bernilai RM600 juta membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi.LuasSebenarnya, banyak lagi masalah yang boleh timbul ketika sambungan internet bermasalah, baik dari segi ekonomi, komunikasi dan sebagainya.

Sayangnya, tidak semua kawasan dan wilayah di Malaysia dapat menikmati teknologi alam maya dan internet. Lokasi terpencil menjadikan penyedia teknologi mengalami kesulitan untuk mencapainya.

Namun, masalah itu dapat dikurangkan dengan penggunaan internet satelit. Ia merupakan jaringan internet tanpa menggunakan kabel atau tanpa wayar yang menggunakan satelit sebagai media transmisi.

Penggunaan satelit yang berada di angkasa lepas menjadikan internet dengan satelit dapat menjangkau daerah yang sangat luas bahkan hampir di semua wilayah.

Namun pihak berwajib perlu mengoptimumkan penggunaan satelit milik Malaysia bagi mengatasi kawasan yang tidak mendapat liputan internet, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Internet satelit mempunyai kelebihan tersendiri seperti pemasangannya agak mudah dan pantas, penyelenggaraan atau penyelenggaraan peranti juga mudah. Malah liputannya lebih meluas dan boleh menembusi kawasan terpencil.

Selain mempunyai kadar bit dan jalur lebar yang tinggi dan VSAT (Very-small-aperture terminal) yang kecil sehingga boleh dipasang di mana sahaja. Saiz VSAT yang kecil, hanya berdiameter 97 cm, tidak memerlukan banyak ruang untuk pemasangan.

Kehadiran Covid-19 mencetuskan pelbagai inovasi dan juga pendekatan strategik dalam banyak aspek kehidupan normal baharu. Kita perlu mencari jalan keluar daripada hambatan wabak yang masih lagi tiada penawarnya.