Rakyat Kelantan tunggu lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang

Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed
A
A
A

KOTA BHARU - Pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang merupakan harapan rakyat negeri Kelantan yang merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut dimaklumkan semasa sesi lawatannya ke pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, di sini hari ini.

Beliau turut mendengar taklimat yang membincangkan mengenai beberapa perancangan lain termasuklah penambahan peruntukan penyelenggaraan jalan raya di negeri ini.

"Saya mendengar taklimat mengenai perancangan JKR (Jabatan Kerja Raya) dan antara yang menjadi keutamaan dalam RMK-12 ialah lebuh raya tersebut dan juga penambahan kos penyelenggaraan jalan raya setiap tahun.

"Lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang amat penting dan ia selaras dengan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang sedang berjalan dan dijangka siap pada tahun 2024," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau meluangkan masa sejam mendengar taklimat daripada JKR Kelantan di pejabat agensi tersebut di sini.

Turut hadir, Pengarah JKR Kelantan, Ir Zailan Ab Rahman.

Mengulas lanjut mengenai RMK-12, Mustapa memberitahu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar melibatkan beberapa negeri dan ia akan dilakukan dari masa masa bagi mendapat maklumat lanjut mengenai keperluan negeri masing-masing.

Artikel Berkaitan: