NOW tumpu bantu wanita tambah pendapatan

NOW Perak dilancarkan bagi membantu golongan wanita.
NOW Perak dilancarkan bagi membantu golongan wanita.
A
A
A

IPOH - Badan bukan kerajaan (NGO) Nation of Women (NOW) yang dilancarkan 5 Jun lalu menumpukan pembinaan ekonomi kaum wanita khususnya yang terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Presiden NOW, Haniza Mohamed Talha berkata, objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pendapatan wanita dengan penglibatan pelbagai sektor seperti pertanian, kepimpinan dan kemahiran selain menjaga kebajikan.

Menurutnya, setiap negeri mempunyai projek tumpuan dalam membantu masyarakat.

"Di Kedah mereka wujudkan bengkel jahitan untuk keluarga terputus pendapatan atau sedang tiada pekerjaan. Jadi wanita dalam keluarga itu boleh jadikan kemahiran menjahit bagi jana pendapatan.

"Pulau Pinang pula, mereka mempunyai tempahan dan mereka mempunyai kerjasama dengan pusat zakat untuk melatih lebih ramai wanita dan mereka berjaya," katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran NOW Perak di Meru Raya di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pertanian, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan Pengerusi NOW Selangor, Dr Daroyah Alwi.

Haniza berkata, pihaknya turut menekankan agenda penglibatan wanita dalam peringkat pembuat keputusan.

Haniza berkata, keahlian NOW juga dibuka kepada kaum lelaki dalam usaha membantu meningkatkan keupayaan wanita.

Artikel Berkaitan:

“Saya dapat permintaan daripada kaum lelaki, pendaftaran kita dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak menetapkan keahlian dan ia terbuka juga untuk lelaki.

"Saya nampak kaum lelaki dan wanita ini perlu bekerjasama barulah boleh memberi kesan kepada sesuatu pembangunan," katanya yang mensasarkan 20,000 keahlian menjelang hujung tahun.