Cuba langgar empat anggota PGA

Hasanuddin (tengah) menyampaikan watikah pelantikan Pemimpin Kecil di SK Suria 1 di sini hari ini.
Hasanuddin (tengah) menyampaikan watikah pelantikan Pemimpin Kecil di SK Suria 1 di sini hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Polis melepaskan lima das tembakan terhadap sebuah kereta mencurigakan di pintu sempadan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang kira-kira jam 1.45 pagi ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, tembakan itu dilepaskan

anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7, yang ketika itu sedang mengadakan rondaan di sekitar kawasan pintu sempadan.

"Semasa melakukan rondaan di pintu 2 CIQ itu, dua kenderaan dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila anggota terbabit ingin melakukan pemeriksaan, pemandu salah sebuah kereta itu bertindak melarikan diri dengan mengundurkan kereta dan cuba melanggar empat anggota PGA yang berada di belakang kenderaan itu.

"Ekoran tindakan agresif pemandu kenderaan itu, anggota PGA berkenaan melepaskan lima das tembakan ke arah tayar kereta terbabit namun suspek terus memecut laju dan kesemua suspek berjaya lolos," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Watikah Pelantikan Pemipin Kecil di Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1, di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, pihaknya masih mengenal pasti identiti suspek sama ada rakyat tempatan atau sebaliknya ini ekoran kereta suspek menggunakan cermin gelap.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini kita berjaya kenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit dan melalui siasatan ia merupakan nombor pendaftaran berasal dari utara.