KJ kritik kenyataan Guan Eng

Ciapan Khairy di Twitter miliknya mengkritik Guan Eng
Ciapan Khairy di Twitter miliknya mengkritik Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengkritik kenyataan media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mempersoalkan kemampuan kerajaan Pahang melaksanakan pembangunan dengan jumlah hutang tertinggi.

Menurutnya, kenyataan tersebut tidak profesional dan bermotifkan politik kerana PRK Cameron Highlands.

"Pakai akaun media sosial @dapmalaysia kalau nak buat kenyataan politik," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menerusi kenyataan tersebut, Guan Eng berkata, Pahang mencatatkan sebanyak RM3.2 bilion hutang pada akhir 2018 dan belanjawan berdefisit setiap tahun dengan defisit terkumpul sebanyak negatif RM228 pada akhir 2017 lalu.

Mengulas perkara tersebut, Khairy mengingatkan Guan Eng yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa kerajaan BN ketika itu telah membantu menyelesaikan hutang RM655 juta yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan pusat.

"Jadi tak perlu lah bongkak sangat sekarang dengan kerajaan Pahang," sindirnya.

Artikel Berkaitan: