Sistem pungutan, agihan zakat sistematik tingkat integriti

Zulkifli (dua dari kanan) beramah mesra dengan pesakit Hashim Darus yang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Haemodialisis Zakat Kedah ketika melawat Menara Zakat di Alor Setar. -Foto Bernama
Zulkifli (dua dari kanan) beramah mesra dengan pesakit Hashim Darus yang menjalani rawatan hemodialisis di Pusat Haemodialisis Zakat Kedah ketika melawat Menara Zakat di Alor Setar. -Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Kaedah pungutan dan agihan zakat bersistematik yang dilaksanakan oleh institusi zakat di negara ini boleh meningkatkan lagi integriti dalam pengurusan dana bagi membantu golongan yang memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sistem itu juga membantu pihak zakat menyelaras dan menstruktur maklumat penerima serta menambah baik kekurangan yang ada.

Menurutnya, ia bukan semata-mata mengenai zakat sebaliknya digabungkan dengan wakaf yang membolehkan data berkenaan dengan mereka yang memerlukan dapat dilihat dengan jelas.

“Dengan cara seperti ini, berdasarkan kewangan yang terhad dan cara yang begitu dititik beratkan akan membentuk integriti tinggi dan keamanahan yang baik," katanya kepada pemberita pada lawatan kerja ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LNZK) di Jalan Teluk Wanjah di sini.

Mengambil contoh sistem yang diamalkan LZNK, Zulkifli berkata, kaedah dilaksanakan dengan amat baik malah mendahului berbanding di negeri lain.

"Secara jujurnya, saya berterima kasih kepada LZNK dan lain-lain kerana telah membangunkan satu sistem yang baik dan mungkin boleh ditambah baik lagi tetapi pada asasnya saya lihat ia patut dibanggakan," katanya.

Artikel Berkaitan: