11 lelaki main bola sepak dikompaun RM1,000

Seramai 11 lelaki dikompaun awal pagi tadi di Taman Bagan, Butterworth kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Seramai 11 lelaki dikompaun awal pagi tadi di Taman Bagan, Butterworth kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
A
A
A

BUTTERWORTH - Seramai 11 lelaki dikompaun RM1,000 setiap seorang ketika sedang bermain bola sepak di taman permainan di Taman Bagan di sini awal pagi tadi.

Kesemua yang dikompaun berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun oleh sepasukan polis dari Balai Polis Butterworth ketika menjalankan tugas pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 1.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tangkapan terhadap kesemua lelaki tersebut kerana mereka gagal memberikan alasan munasabah berada di luar kediaman ketika PKPP.

"Ketika rondaan dilaksanakan pada jam 1.30 pagi tadi, kita mendapati semua remaja tersebut sedang bermain bola sepak di taman permainan tersebut. Kita menahan mereka dan mengeluarkan kompaun kerana ingkar dengan pelaksanaan PKPP.

"Kompaun tersebut adalah kerana mereka gagal memberikan alasan munasabah untuk berada di luar kediaman ketika PKPP. Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan (3) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) (No 7) 2020," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya mengharapkan orang awam akan terus memberi kerjasama dengan mematuhi PKPP kerana penularan pandemik koronavirus (Covid-19) belum berakhir.

Artikel Berkaitan: