Bekas Presiden Petronas dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMT

Shamsul Azhar (kanan) menerima cenderahati daripada Dr Nor Aieni. - Foto UMT
Shamsul Azhar (kanan) menerima cenderahati daripada Dr Nor Aieni. - Foto UMT
A
A
A

KUALA NERUS - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baharu berkuat kuasa 21 Mei lalu.

UMT dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Shamsul Azhar adalah bagi tempoh tiga tahun, menggantikan Tan Sri Halim Mohammad.

Beliau kini turut memegang beberapa jawatan penting dalam sektor korporat termasuk dalam MMC Corporation Berhad, Enra Group Berhad dan NCB Holdings Bhd.

Shamsul Azhar yang mengadakan lawatan sulung ke kampus UMT selama tiga hari bermula hari ini, turut mengadakan perbincangan ringkas bersama-sama pengurusan tertinggi UMT.

Dalam lawatan tersebut, beliau dibawa melawat ke galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran (Inos), Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong dan beberapa pusat penyelidikan UMT lain.

Shamsul Azhar (tengah) sewaktu mengadakan lawatan sulungnya di UMT hari ini. - Foto UMT
Shamsul Azhar (tengah) sewaktu mengadakan lawatan sulungnya di UMT hari ini. - Foto UMT

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar mengalu-alukan kedatangan Shamsul Azhar sebagai sebahagian warga UMT bagi memacu hala tuju serta pencapaian UMT.

“Kami menantikan pembaharuan yang akan dibawa beliau untuk mengetuai Lembaga Pengarah UMT serta menambah baik mengikut keperluan bagi meletakkan jenama UMT sebaris dengan institusi terkemuka,” katanya.

Artikel Berkaitan: