Ighalo terbukti penjaring gol hebat

Solskjaer dan Ighalo pada perlawanan kelmarin. - Foto Getty images
Solskjaer dan Ighalo pada perlawanan kelmarin. - Foto Getty images
A
A
A

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menghamburkan pujian kepada penyerangnya, Odion Ighalo's atas aksi cemerlang penyerang Nigeria itu pada aksi suku akhir Piala FA berdepan Norwich Carrow Road, kelmarin.

Solskjaer berkata, aksi Ighalo itu nyata memberikan impak tersendiri buat skuad The Red Devils itu bagi membenam cabaran skuad The Cannaries itu biarpun beraksi di gelanggang lawan.

Menurut Solsjkaer, jaringan penyerang berusia 31 tahun itu sekali gus menambah koleksi jaringannya dalam saingan berkenaan (Piala FA Inggeris), setakat ini.

"Setelah mengharungi separuh masa pertama tanpa jaringan, Ighalo meledak gol pertama United pada minit ke-51 sebelum terlibat dalam jaringan kedua pada minit ke-118, masa tambahan bagi menafikan jaringan penyamaan Todd Cantwell pada minit ke-75.

"Kini, dia (Ighalo) telah membuktikan bahawa dia adalah penjaring gol tulen. Dia juga telah memainkan peranan dalam kedua-dua gol United dalam perlawanan itu; malah dia juga insan/rakan yang disenangi di luar padang.

"Ighalo juga seakan faham sejauh mana kami menilai dirinya. Dia adalah penjaring gol, pemburu gol, dia kuat dan kami boleh berikan bola kepadanya (untuk dijaringkan) ketika perlawanan," katanya.

Sementara itu Solskjaeir berkata, biarpun setakat ini Ighalo hanya menjaringkan enam gol bagi saingan di peringkat Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pemain berkenaan membuktikan dirinya agak berbisa di depan gawang lawan bagi aksi yang melibatkan pertandingan piala.

Justeru menurutnya, Ighalo akan menjadi pemain pilihannya pemain pilihannya untuk diturunkan khusus bagi perlawanan-perlawanan yang melibatkan pertandingan piala.

Artikel Berkaitan:

“Adalah sangat mustahak untuk mengekalkan Ighalo bersama United. Dia seorang yang bekerja keras. Dia menjaringkan gol pada aksi berdepan Club Brugge dalam saingan Liga Europa, jaringkan dua gol ketika berdepan Derby County dalam saingan Piala FA, Mac lalu.

"Sekali gus ia memberikan peluang serta lebih pilihan untuk melakukan penggiliran pemain selepas ini," katanya.

Untuk rekod, United kini berada pada kedudukan keenam EPL dengan 49 mata hasil 31 perlawanan EPL setakat ini dan skuad berkenaan turut meneruskan rekod tanpa kalah kepada 14 perlawanan.