Empat dibicara susulan skandal daging kuda

Syarikat pemprosesan daging, Spanghero dituduh terlibat dalam skandal daging kuda yang dijual seluruh Eropah pada 2013. - Foto AFP
Syarikat pemprosesan daging, Spanghero dituduh terlibat dalam skandal daging kuda yang dijual seluruh Eropah pada 2013. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - PERANCIS.Empat individu yang terbabit dalam skandal membabitkan daging kuda di Eropah pada tahun 2013 mula menjalani perbicaraan di Paris, semalam.

Dua bekas pengurus syarikat pemprosesan daging di Perancis, Spanghero bersama dua peniaga dari Belanda dituduh menggunakan daging kuda dalam produk daging lembu yang dijual seluruh Eropah.

Ekoran kes berkenaan, jutaan makanan terpaksa ditarik balik daripada pasaran selepas ia didapati mengandungi daging kuda dan bukannya daging lembu.

Dalam skandal terbabit, bekas pengurus Spanghero, Jacques Poujol dan pengurus kilang wilayah Occitanie, Patrice Monguillon, dan dua orang tengah, Hendricus Windmeijer dan Johannes Fasen, dituduh membantu menguruskan penjualan lebih 500 tan daging kuda sekitar tahun 2012-2013 kepada syarikat Comigel yang menjual daging beku kepada 28 syarikat di 13 negara Eropah.

Skandal itu menyaksikan daging kuda yang murah dari Belgium, Romania dan Kanada diimport masuk ke Perancis dan dilabel sebagai daging lembu, sekali gus membolehkan syarikat Spanghero dan dua orang tengah dari Belanda itu mengaut keuntungan.

Jika disabitkan kesalahan, kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.Perbicaraan dijadual berlangsung sehingga 13 Februari depan. - AFP

Artikel Berkaitan: