Sila log masuk terlebih dahulu.

Emas Pasar Payang laris!

A
A
A
BERITA SEMASA 28 JUN 2020

Walaupun harganya kini agak mahal, permintaan emas di Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu meningkat dan perniagaan di situ semakin rancak dengan kehadiran ramai pelancong luar dan tempatan.

Jika tahun lalu rantai tangan emas ‘koko sajat’ menjadi ‘kegilaan’, tahun ini gelang emas ‘pulut dakap’ pula menjadi buruan penggemar barangan kemas yang mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang di sini.

Pengurus Kedai Emas Sofea, Sopiah Saleh Zainal, 33, berkata, permintaan terhadap gelang emas yang mula popular sejak awal tahun ini semakin meningkat terutama sejak tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim

Muzik: www.bensound.com

#beritasemasa #sinarharian ##janganputusasamalaysia