Tak salah buat apa lari!

Kedai gunting rambut yang ditutup kerana dikendalikan warga asing.
Kedai gunting rambut yang ditutup kerana dikendalikan warga asing.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Indonesia bertindak melarikan diri sewaktu anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di Jalan Madrasah berhampiran M3 Mall Taman Melati di sini semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tindakan pekerja itu yang tidak memberikan kerjasama dengan melarikan diri menyebabkan kedai runcit itu antara tiga kedai yang diarahkan tutup.

Menurutnya, dua lagi kedai yang dikenakan tindakan adalah kedai runcit dikendalikan warga Indonesia dan kedai gunting rambut yang terdapat tiga pekerja Indonesia tidak memiliki permit kerja sah.

"Pekerja gunting rambut itu memaklumkan pemilik kedai itu berada di Johor, namun pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati operasi kedai itu dijalankan tanpa lesen sah dikeluarkan DBKL," katanya.

Premis yang turut dikenakan tindakan tutup dalam pemeriksaan dijalankan semalam.
Premis yang turut dikenakan tindakan tutup dalam pemeriksaan dijalankan semalam.

Katanya, tindakan penguatkuasaan yang dijalankan itu di bawah Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang dijalankan berkala dalam usaha menguatkuasakan undang-undang kecil (UUK) pihak berkuasa tempatan.

"Tindakan khas ke atas peniaga dan penjaja warga asing ini dilaksanakan secara menyeluruh di ibu kota termasuk Bukit Bintang, Masjid India dan Jalan Kenanga yang sebelum ini telah diambil tindakan.

"Penguatkuasaan kemudian diteruskan dalam sektor perkhidmatan kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Beberapa premis itu ditutup kerana melanggar UUK DBKL antaranya dikendalikan warga asing, menggunakan pekerja tanpa permit sah dan beroperasi tanpa lesen DBKL," katanya.