Terima kasih, Perlis tetap di hati: Zafuan

Zafuan (dua kiri) banyak memanaskan bangku simpanan bersama Kedah pada musim lalu berikutan saingan sengit yang diberikan oleh pemain senior dan import. - Foto Ahmad Zaki Osman
Zafuan (dua kiri) banyak memanaskan bangku simpanan bersama Kedah pada musim lalu berikutan saingan sengit yang diberikan oleh pemain senior dan import. - Foto Ahmad Zaki Osman
A
A
A

PENYERANG muda tinggi lampai, Zafuan Azeman terpaksa mencari pasukan baharu pada musim 2019 selepas melihat persaingan sengit dalam pasukan Perlis di jentera serangan pasukan tersebut musim ini.

Pengalaman beliau yang banyak memanaskan bangku simpanan bersama Kedah sepanjang musim 2018 memaksa beliau untuk keluar dari Singa Utara kerana dilihat mampu menjejaskan impiannya untuk bergelar penyerang prolifik pada suatu hari nanti

"Pengalaman saya bersama Kedah menyebabkan saya berfikir panjang dan dengan berat hati mengambil keputusan untuk mencari pasukan baharu agar mampu mendapat banyak minit untuk diturunkan bermain, Saya perlu kerap diturunkan bagi memastikan momentum terus ada selain mampu menarik perhatian jurulatih negara untuk dipanggil mewakili pasukan kebangsaan.

"Saya nak ucap terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang begitu profesional kerana turut menyokong dan memahami situasi yang dialami oleh saya sekarang. Bagaimanapun hati saya masih bersama Perlis kerana mereka adalah pasukan pertama yang beri tempat kepada saya pada musim ini," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Menurutnya, beliau tidak mahu membazir masa dengan sekadar menjadi pelengkap kepada pasukan kerana umurnya kini sudah 20 tahun dan melihat Pulau Pinang sebagai destinasi sesuai buatnya.

Perlis sah melepaskan Zafuan untuk mencari pasukan baharu bagi musim 2019.
Perlis sah melepaskan Zafuan untuk mencari pasukan baharu bagi musim 2019.

"Saya bercadang untuk menyertai pasukan Pulau Pinang kerana di Perlis saya menjangkakan bakal diberikan saingan oleh pemain senior dan juga pemain import," katanya lagi.

Singa Utara pada musim 2019 melakukan perubahan besar-besaran dengan membawa masuk nama besar antaranya bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali.

Artikel Berkaitan:

Zafuan sebelum ini pernah mengikuti sesi ujian bersama Kelab K3 League, Yangju Citizen FC di Korea Selatan pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, PFA melalui Facebook rasminya mengesahkan melepaskan Zafuan yang diumumkan oleh mereka sebagai pemain Perlis pada 4 Januari lalu tanpa syarat dan penyerang muda itu memilih Pulau Pinang sebagai destinasi terbaharu beliau.

Langkah tersebut dilakukan kerana Zafuan memerlukan lebih banyak peluang untuk bermain bagi merealisasikan impiannya untuk beraksi di luar negara pada masa hadapan.

Semalam Sukan Sinar melaporkan Harimau Kumbang berminat untuk mendapatkan Zafuan bagi memperkukuhkan jentera depan pasukan tersebut bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2019.

Pengurusnya, Ong Heng Hua berkata, bagaimanapun Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) hanya akan serius mendapatkan pemain tersebut jika beliau sah tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harimau Kumbang minat Zafuan tapi...]