X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP lupus barang tiruan bernilai RM176,820

Pegawai KPDNHEP Kuala Lumpur melupuskan barang tiruan bernilai RM176,820 kelmarin.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur melupuskan pelbagai barang tiruan bernilai RM176,820 kelmarin.

Pengarahnya, Ariffin Samsuddin berkata, barangan yang dilupuskan adalah pakaian, kasut, selipar, minuman keras dan komputer riba melibatkan sembilan kes.

"Kesemua barangan yang dilupuskan merupakan barangan rampasan ke atas perlanggaran kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Hak Cipta 1987.

"Barangan rampasan tersebut telah dilupuskan dengan cara dimusnahkan dan ini merupakan sesi pelupusan kesembilan pada tahun ini yang telah mendapat arahan pelupusan daripada pihak mahkamah dan Pengawal Akta," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, merujuk statistik rekod pelupusan sepanjang tahun lalu, sebanyak 275 kes telah berjaya mendapat arahan pelupusan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM5.98 juta.

Katanya, bagi tahun 2018 pula, sebanyak 341 kes telah berjaya mendapat arahan pelupusan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM7.2 juta.

Tegasnya, kementerian menerusi bahagian penguatkuasa memberi amaran keras dan peringatan kepada mana-mana individu mahu pun syarikat supaya tidak melanggar undang-undang.

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada kementerian melalui portal [email protected], Call Centre 1800 886 800, e-mel [email protected], aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC) atau WhatsApp ke 019-2794317," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!