Lang Merah akur pengunduran Azmeer

A
A
A

KETUA Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menerima dengan hati terbuka di sebalik keputusan tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof yang mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah Khamis lalu.

Malah, Aidil Sharin memberitahu, dia percaya Azmeer telah lama merancang untuk membuat keputusan berkenaan dan memberikan fokus dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

“Pertamanya, saya menghormati keputusan Azmeer tetapi pasukan akan tetap ‘berjalan’ seperti biasa kerana kita ada pemain-pemain lain seperti Shakir (Hamzah), Alif (Mohd Yusof) yang boleh beraksi di posisi pertahanan kiri.

“Insya-ALLAH pasukan masih mampu berjuang dalam tujuh aksi terakhir (Liga Super) walaupun tanpa kehadiran Azmeer. Apa pun, sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Azmeer atas sumbangannya kepada pasukan,” katanya kepada Sinar Ahad semalam.

Dalam pada itu, Aidil Sharin menegaskan bahawa faktor kejayaan sesebuah pasukan bukan hanya bergantung kepada kemampuan seorang pemain tetapi hasil kerjasama berpasukan.

“Perkara ini selaras dengan falsafah saya iaitu tidak ada pemain lebih besar daripada pasukan. Saya sama sekali tidak akan menoleh ke belakang.

“Memang benar Azmeer telah banyak membantu pasukan sebelum ini, tetapi bukan seorang pemain yang buatkan pasukan menang, ia hasil kerjasama semua pemain,” jelasnya.

Di bawah bimbingan pengendali kelahiran Singapura itu, Azmeer menjadi antara watak penting membantu Lang Merah muncul juara Piala FA musim lalu.

Artikel Berkaitan: