Universiti di Jepun anugerahkan ijazah pengajian ninja pertama

Genichi Mitsuhashi, 45, menamatkan kursus sarjana di Universiti Mie di tengah Jepun, wilayah yang dianggap sebagai tempat kediaman ninja.
Genichi Mitsuhashi, 45, menamatkan kursus sarjana di Universiti Mie di tengah Jepun, wilayah yang dianggap sebagai tempat kediaman ninja.
A
A
A

TOKYO - Jepun telah menghasilkan lulusan pengajian ninja pertamanya selepas seorang lelaki berjaya menamatkan tempoh pembelajaran selama dua tahun bagi mengasah kemahiran dan tradisi seni mempertahankan diri feudal.

Genichi Mitsuhashi, 45, menamatkan kursus sarjana di Universiti Mie di tengah Jepun, wilayah yang dianggap sebagai tempat kediaman ninja.

Selain meneliti dokumen sejarah, Mitsuhashi berkata, dia turut mengambil aspek praktikal untuk menjadi ninja.

"Saya ada membaca bahawa ninja bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang.

"Oleh itu, saya turut menanam sayur-sayuran dan mengusahakan teknik seni mempertahankan diri selain banyak mempelajari mengenai ninja di dalam kelas," katanya.

Selain itu, Mitsuhashi yang turut mempelajari kung fu dan seni mempertahankan diri Jepun yang dikenali sebagai Shorinji Kempo, turut mengajar kemahiran ninja itu kepada orang lain dan menjalankan perniagaan penginapan tempatan sambil melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).

Universiti tersebut menubuhkan pusat penyelidikan pertama di dunia yang dikhaskan untuk ninja pada tahun 2017 dan membuka kursus siswazah setahun kemudian.

Ia terletak di Iga, 350 kilometer (220 batu) barat daya Tokyo dan merupakan sebuah kota yang dikelilingi gunung yang dipercayai pernah menjadi rumah bagi banyak ninja. -AFP

Artikel Berkaitan: