X

Kindly register in order to view this article
!

217 mangsa banjir Johor ditempatkan di PPS

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergotong-royong membantu mangsa banjir membersihkan rumah selepas terjejas akibat banjir di Kampung Batu 18, Air Hitam, Muar.
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya 217 mangsa banjir daripada 56 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, mereka ditempatkan di empat buah PPS di Muar dan Batu Pahat.

"Terdapat penurunan jumlah mangsa banjir di Batu Pahat iaitu hanya 67 orang melibatkan 15 keluarga di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Peserai dan SK Seri Aman.

"Di Muar pula jumlahnya masih sama yang ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Ali dan SK Seri Menanti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Metereologi melaporkan taburan hujan hanya berlaku di satu dua tempat pada sebelah pagi dan malam di negeri ini hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi portal rasminya memaklumkan, paras air di 25 sungai, empangan dan kolam air di negeri ini masih berada pada paras normal sehingga semalam walaupun hujan lebat minggu ini.

Menurut portal JPS, hanya paras air di Sungai Bekok, Yong Peng dan Empangan Bekok, Labis kini dalam keadaan paras berjaga-jaga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf