80 peratus gagal hadir Kafa

Fakhrul Anuar ketika merasmikan Jom Sunat di Dewan KRT Sungai Isap 1, hari ini.
Fakhrul Anuar ketika merasmikan Jom Sunat di Dewan KRT Sungai Isap 1, hari ini.
A
A
A
KUANTAN - Kira-kira 80 peratus murid gagal menghadiri Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berdasarkan statistik di semua sekolah di Pahang.

Pegawai Khas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, hanya 20 peratus murid yang didapati hadir pembelajaran Kafa sama ada sesi pagi atau pun petang.

“Kita pandang serius perkara ini jadi dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk menghantar anak-anak mereka ke Kafa.

“Sebolehnya kita mahu anak-anak dapat mengikuti kelas agama untuk memperkuatkan jati diri berlandaskan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jom Sunat yang turut dihadiri Penolong Pegawai Perpaduan Zon 1, Mass Darlina Kassim dan Pengerusi KRT Sungai Isap 1, Mohamar Hafiz Mohd Radzi di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Perkampungan Sungai Isap 1 di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, pihaknya dalam proses berbincang dengan pengendali Kafa termasuk pihak sekolah selain memastikan adanya jalinan kerjasama antara sekolah dan institusi terlibat supaya proses pendaftaran berlaku dengan lebih baik.

“Usaha ini dilakukan supaya sesi Kafa dapat dilaksanakan di sekolah kebangsaan yang sudah mempunyai kemudahan lengkap dan saya minta supaya ibu bapa juga mengambil berat tentang kepentingan pengajian Kafa ini kepada anak mereka,” katanya.

Sementara itu, seramai 31 peserta mengambil bahagian dalam program khatan beramai-ramai berkenaan.