X

Kindly register in order to view this article
!

42 unit lampu di Felda Chini Timur 2, 3 disambung semula

Mahdzir (tengah) selepas menyertai program ziarah kasih ke rumah warga emas Rohman Salleh di Felda Chini Timur 2.
A
A

PEKAN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia berunding dengan kerajaan negeri mengenai kos penyambungan elektrik dan tunggakan lampu jalan berjumlah RM6,570.76 di Felda Chini Timur 2 dan Felda Chini Timur 3 di sini dalam masa terdekat.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 42 unit lampu di sepanjang kira-kira tujuh kilometer laluan Felda Chini Timur 2 dan Felda Chini Timur 3 menghala ke Bandar Dara tidak dapat berfungsi selepas pemotongan elektrik pada Mei lalu.

"Kita akan berunding dengan kerajaan Pahang mengenai kos penyambungan dan tunggakan sedia ada bagi memastikan lampu ini dapat berfungsi seperti biasa," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan ke Chini di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyertai program ziarah kasih ke rumah warga emas Rohman Salleh di Felda Chini Timur 2.

Hadi sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sementara itu, Mahdzir memberitahu, status bekalan elektrik 53 buah rumah di Kampung Bendaling di sini selesai selepas Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengesahkan peruntukan yang dikhaskan pada 2017 yang dibatalkan oleh kerajaan terdahulu akan diberi semula.

"Sejumlah RM207,740 diperuntukkan bagi membiayai kos pemasangan dan bekalan elektrik ke 53 buah rumah di Bendaling manakala deposit meter baharu berjumlah RM8,460," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf