Guru rugi RM5,000 inap desa dimasuki pencuri

Keadaan inap desa itu berselerak selepas dimasuki pencuri.
Keadaan inap desa itu berselerak selepas dimasuki pencuri.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Seorang guru kerugian RM5,000 apabila inap desanya dimasuki pencuri di Kampung Parit 1 Banat di sini.

Faisal Mohd Nor, 45, berkata, beliau menyedari kejadian itu ketika meninjau keadaan inap desanya pada jam 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, sejurus tiba di situ, beliau terkejut apabila mendapati pintu dan jeriji besi depan rumahnya terbuka dan beberapa barang berharga juga hilang.

"Keadaan rumah berselerak dan barang seperti tong gas, televisyen, periuk, pam air, mesin basuh, dan dekorder sebuah syarikat televisyen berbayar turut hilang," katanya.

Faisal berkata, kejadian itu kali pertama dialaminya sejak mengusahakan inap desa itu enam tahun lalu.

"Saya difahamkan terdapat empat rumah dan satu bengkel cat kereta di kawasan berkenaan turut mengalami keadaan sama," katanya yang mengalami kerugian ribuan ringgit.

Artikel Berkaitan: